top of page
  • Kahoot_full_logo_purple.original
  • White Instagram Icon
  • White Facebook Icon
  • White YouTube Icon
Search

Apa itu "Elektrik"

  • Writer: DekuKing
    DekuKing
  • Aug 5, 2019
  • 1 min read

(A) Sumber Tenaga Elektrik

Tenaga elektrik tidak dapat dilihat tetapi fungsinya boleh diperhatikan pada setiap masa.Terdapat 7 sumber tenaga elektrik: 

📷

(B) Litar Elektrik Lengkap

Litar elektrik terdiri daripada 4 komponen asas, iaitu:

  1. Sel kering

  2. Mentol

  3. Suis

  4. Wayar


 (C) Fungsi Suis

Suis ialah alat yang digunakan untuk menyambung dan memutuskan litar elektrik.Apabila suis ditutup, mentol pada litar elektrik akan menyala. Litar ini dipanggil litar elektrik lengkap.Apabila suis terbuka, mentol tidak menyala. Ini kerana arus elektrik tidak dapat mengalir melalui litar elektrik yang tidak lengkap.


(D) Simbol Komponen

Penggunaan simbol komponen akan memudahkan lakaran litar elektrik dan menjimatkan masa

📷


(E) Kecerahan Mentol


Kecerahan mentol akan dipengaruhi oleh:

  • Bilangan mentol

  1. Tujuan: Untuk menyiasat hubungan di antara bilangan mentol dan kecerahan mentol.

  2. Hubungan: Semakin banyak mentol dalam litar elektrik, semakin malap kecerahan mentol.

  • Bilangan sel kering

  1. Tujuan: Untuk menyiasat hubungan di antara bilangan sel kering dan kecerahan mentol.

  2. Hubungan: Semakin banyak bilangan sel kering dalam litar elektrik, semakin cerah kecerahan mentol.


(F) Litar Bersiri dan Litar Selari

📷


(G) Kecuaian Pengendalian Peralatan Elektrik


Berikut merupakan beberapa kecuaian semasa mengendalikan peralatan elektrik:

  1. Memegang suis dengan tangan yang basah.Membiarkan peralatan elektrik terpasang lama.

  2. Menggunakan wayar yang rosak.Mencucuk soket menggunakan bahan konduktor elektrik.

  3. Tidak mengamalkan langkah-langkah keselamatan semasa menggunakan peralatan elektrik.

  4. Tidak mempelajari kaedah yang betul semasa menggunakan peralatan elektrik di rumah.


Kecuaian semasa mengendalikan peralatan elektrik akan menyebabkan:

  1. Renjatan elektrik

  2. Kebakaran Kulit

  3. Melecur

  4. Kejutan Elektrik

(H) Langkah-Langkah Keselamatan


Langkah-langkah keselamatan semasa mengendalikan peralatan elektrik perlulah dititikberatkan:

  1. Elakkan membaiki peralatan elektrik dalam keadaan suis terpasang.

  2. Elakkan membuka atau menutup suis dengan tangan yang basah.

  3. Elakkan memasang plag 2 pin dengan bahan konduktor elektrik.

  4. Pasang palam plastik khas untuk memasang plag 2 pin.

  5. Pastikan peralatan elektrik dipantau semasa menggunakannya.

  6. Elakkan memasang terlalu banyak plag pada sesuatu soket.

  7. Elakkan membiarkan seterika seketika di atas pakaian.

  8. Elakkan bermain layang-layang berhampiran dengan kabel elektrik.

  9. Jangan guna peralatan elektrik yang sudah rosak.Jangan cuba membaiki sendiri peralatan elektrik yang rosak

.Nota ringkas eletrik: 

📷


 
 
 

Recent Posts

See All
Reka Bentuk dalam pengajaran

REKA BENTUK PENGAJARAN Richey (1986) mendefinisikan reka bentuk pengajaran sebagai proses sains bagi membina spesifikasi pengajaran...

 
 
 

Comments


CIKGU  DEKU

IPG Kampus Pendidikan Teknik, Kompleks Pendidikan Nilai, 71760 Nilai, Negeri Sembilan.

Dekuking14@mysite.com

  • White Instagram Icon
  • White Facebook Icon
  • White YouTube Icon

Tak faham, Keliru meh tanya cikgu?

Thanks for submitting!

© 2019 CikguDeku. Proudly created with Wix.com

bottom of page